Rabu, 9 Mac 2011

Kes belasah lelaki: Empat suspek ditahan

IPOH – Polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah selepas dibelasah sekumpulan lelaki di tepi jalan di Parit, 55km dari sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, keempat-empat lelaki itu direman lima hari.
Polis telah mengambil keterangan daripada seorang wanita berusia 30 tahun dan sedang menjalankan siasatan motif kejadian itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 petang semalam, kereta yang dipandu mangsa telah ditahan sekumpulan lelaki di Km17, Simpang Empat, Parit dan seorang daripadanya telah menarik mangsa keluar sebelum dibelasah kumpulan berkenaan.
Mangsa berumur 33 tahun itu yang mengalami kecederaan di kepala dan badan kini dirawat di Hospital Teluk Intan. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...