Rabu, 9 Mac 2011

Lelaki Bangladesh ditemui mati ditetak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rakyat Bangladesh ditemui mati dengan kira-kira lima kesan tetakan dalam sebuah setor kilang barangan logam dan kayu di Jalan Aman Puri, Kepong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat pekerja kilang yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang ramai pada pukul 8 pagi.
“Terdapat kesan tetakan di kepala dan leher lelaki itu. Dia telah bekerja di kilang itu hampir 12 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, polis kini mengumpul butiran lanjut mengenai kejadian itu menerusi rakaman CCTV dan mendapatkan keterangan daripada majikan dan rakan sekerjanya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, katanya. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...