Rabu, 9 Mac 2011

Kes bunuh pekerja: Tujuh lelaki ditahan

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja stor besi buruk ditikam dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ditahan di pelbagai lokasi di bandar raya ini termasuk di hotel murah.
"Kesemua mereka ditahan secara berperingkat-peringkat sejak kes itu dilaporkan sehingga semalam.
"Saya berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan dan kami percaya dengan tangkapan ini kes ini dijangka selesai tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Shariff Akbar Shah, 25, yang bekerja dengan abang iparnya di sebuah stor besi buruk di Ampang ditikam dan dipukul hingga mati oleh sekumpulan lelaki.
Teman wanitanya pula, bekas guru tuisyen, 30, cedera di lengan kiri akibat dikelar dan kini dilapor kritikal. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...