Khamis, 17 Mac 2011

Mayat bayi tanpa kaki, tangan ditemui

RELAU - Mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan kemaluanya hilang di sebuah tapak pembinaan berhampiran Blok 88, Desa Relau, Paya Terubong, di sini, petang semalam. 

Mayat bayi itu ditemui seorang buruh binaan yang kebetulan melalui kawasan itu, kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang hanya mahu dikenali Shanvogavellu berkata, pada mulanya dia menyangka objek ganjil itu batang pisang namum disebabkan curiga dia memberanikan diri untuk melihat objek berkenaan secara lebih dekat. 
“Alangkah terkejut apabila mendapati objek ganjil itu sebenarnya bayi tanpa tangan dan kaki. 

“Saya kemudian memberitahu majikan sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu,” katanya di tempat kejadian. 

Difahamkan, tangan dan kaki bayi malang yang baru berusia sehari itu sudah dimakan haiwan liar. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 

Kong Meng berkata, mayat bayi itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan pihaknya masih menyiasat dan belum membuat sebarang tangkapan. 

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi terbabit,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...