Khamis, 17 Mac 2011

Padah akibat curi

KUANTAN -Seorang mekanik terima padah apabila dihukum sebulan penjara bermula semalam dan denda RM500 akibat mencuri. 

Tertuduh, Mohd Azlan Ramli, 35 dari Al Muktafi Billah Shah, Terengganu mengaku bersalah di hadapan Majistret Adibah Abdul Kadir di Mahkamah Majistret 3, di sini, semalam. 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan curi dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta benda di Kedai Tayar N.H Lee Jalan Air Putih di sini kira-kira jam 6.30 petang pada 12 Mac lalu. 
Tertuduh mengambil satu mesin pembuka skru tayar dan satu beg galas yang mengandungi dompet, kad pengenalan, lesen memandu, rangkai kunci rumah, kunci motor dan wang tunai RM12 dengan nilai keseluruhan RM400. 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda. 

Adibah menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar pengakuan bersalah selain menetapkan tambahan penjara lima hari jika tertuduh tidak membayar denda. 

Sebelum ini, tertuduh turut mempunyai tiga kesalahan lampau dalam seksyen sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...