Khamis, 17 Mac 2011

Tipu wanita serah kad ATM

IPOH –: Seorang lelaki, R Ganesan, 52 dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan melakukan penipuan di RHB Bank Cawangan Persiaran Greenhill, Ipoh, 13 Januari lalu. 

:Dalam kejadian pada jam 9.14 malam itu, tertuduh telah melakukan penipuan terhadap seorang wanita Shanti a/p Pakirisamy, 46, yang telah menyerahkan kad ATM miliknya sehingga membolehkan tertuduh mengeluarkan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada akaun pengadu. 

:Tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Intan Fareena Zainal Abidin. 
:Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon untuk dibicarakan. 

:Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. 

:Hukuman sebat juga boleh dikenakan termasuk denda. 

:Terdahulu, Nurul Intan Fareena membenarkan ikat jamin RM1,600 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin tempatan. 

:Nurul Intan Fareena menetapkan 20 April 2011 sebagai sebutan semula kes berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...