Rabu, 2 Mac 2011

Rosmah suruh PDRM siasat, dari mana bocornya rahsia rahsia beliau?

Berita | Bekas wartawan Harakahdaily dihubungi Polis lewat petang tadi kerana dipercayai mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika melaporkan suatu skandal membabitkan Perkorporatan Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) pada Julai dan Ogos dua tahun lalu. 

Dzulfikar Mashoor atau nama sebenarnya Zainulfaqar Yaacob dipanggil membantu siasatan ekoran dari dua laporannya – Pengkorporatan MIDA dalam proses, tetapi…bertarikh 9 Julai 2009 dan MIDA diselubungi rasuah selepas dikorporat? bertarikh 17 Ogos tahun yang sama di sesawang media milikan PAS. 

Sehingga kini, kedua-dua laporan tersebut masih boleh diakses di Harakahdaily. 
Dalam laporan pertama, Zainulfaqar melaporkan bahawa pemberi maklumatnya tidak menolak kemungkinan bahawa pengkorperatan MIDA ekoran pengarahnya Datuk Jalilah Baba mempunyai hubungan erat dengan Rosmah sebagaimana dipetik semula seperti di bawah: 

Dakwa mereka lagi, posisi Jalilah sendiri sebenarnya mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hatta merentasi profesionalisme beliau dengan MITI. 

“Sebelum makan malam 30 April lepas, bisik pada Najib, Najib terus setuju (korporat MIDA),” ujar mereka sambil tidak menolak kemungkinan bahawa Jamilah turut mempunyai hubungan yang erat dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Dalam laporan kedua pula, Zainulfaqar melaporkan sekali lagi hasil dari sumber pemberi maklumat di dalam MIDA sendiri. 

Langkah perkorperatan itu, dilaporkan mendorong pasukan Jalilah hanya akan mengekalkan 300 orang dari 800 pekerja keseluruhannya hatta membimbangkan kakitangan bawahan MIDA sekarang. 

Langkah perkorperatan yang dilaporkan turut mendapat sokongan langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan menjadi topik penting pada sidang Dewan Rakyat November (2009) ini. 

Ketika dihubungi oleh Pegawai Penyiasat (IO) Isp. Asyraf dari IPD Brickfield Kuala Lumpur, Zainulfaqar berkata, “saya akan memberi jawapan (untuk membantu siasatan) tengah hari esok, itupun selepas mendapat konsultansi peguam saya.” 

Isp. Asyraf dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, “kami hanya mahu merakam keterangan mengenai laporan MIDA sahaja, abang boleh untuk menjawab atau tidak jawab…” 

Dalam perkembangan berkaitan, Zainulfaqar pada 18 Mei tahun lalu pernah dipanggil ke Bukit Aman bagi merakam keterangan mengenai laporannya berhubung pembabitan agen Israel dalam pasukan polis, seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim. 

Sehingga kini, laporan berjudul Isu perisik: Wartawan Harakah dipanggil polis masih di sesawang malaysiakini. 

Dua peguam – Puspawati Rosman dan Murnie Hidayah Anuar menemani Zainulfaqar ketika Polis merakam kenyataannya mengenai Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin. 

Seperti rakaman siasatan sebelum ini, Zainulfaqar dijangka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana terbabit “penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian” walaupun siasatan kes sebelum ini tergantung begitu sahaja. Zainulfaqar dijangka merakam keterangan seawal-awalnya pada Khamis ini.

Difikir oleh AdukaTaruna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...