Gambar hiasan |
SHAH ALAM — Polis belum dapat mengenal pasti sama ada serpihan tulang yang ditemui di dalam kereta yang terbakar di Alam Impian, Seksyen 35 di sini semalam adalah tulang manusia atau sebaliknya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, siasatan berhubung penemuan itu masih diteruskan.
"Sekiranya mendapat pengesahan bahawa ia tulang manusia, baru pihak kami akan memanggil anggota keluarga untuk ujian DNA," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pasukan polis yang ke tempat kejadian pukul 2.30 pagi semalam berikutan maklumat orang awam, menemui serpihan tulang di tempat duduk pemandu kereta berkenaan.
Kereta jenis Proton Waja yang terbakar itu dilaporkan hilang di Klang pada 31 Januari lepas. — BERNAMA