Selasa, 25 Disember 2012

Pengawal keselamatan samun warga Mynmar


PETALING JAYA — Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan seorang warga Myanmar dengan pisau ketika menyamun wang tunai berjumlah RM1,500 milik mangsa, 10 hari lepas.
K.Sinatambi, 19, dari Sentul didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Nay Kyaw, 25, di sebuah kafe siber di Jalan Puteri 5/7, Bandar Puteri, Puchong pada kira-kira pukul 6.50 petang, 14 Disember.

Ahad, 23 Disember 2012

Pembekal arak ditemui mati ditembak

Gambar hiasan

KLANG 22 Dis. -- Seorang pembekal arak berumur 34 tahun ditemui mati dalam keretanya dengan kesan tembakan di bahagian badan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Desawan di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira pukul 7.40 pagi ini berhubung penemuan mayat di bahagian tempat duduk pemandu dalam kereta Toyota Camry itu.

Beliau berkata mangsa yang belum dikenal pasti namanya dipercayai keluar makan malam bersama sekumpulan rakannya di sebuah restoran di Taman Desawan sebelum ke pusat hiburan yang terletak bersebelahan restoran itu untuk sesi karaoke dengan kumpulan sama.

"Mangsa dipercayai ditembak ketika mahu pulang dari berhibur ke rumahnya yang terletak di Bayu Perdana di sini," katanya. - BERNAMA

Mekanik mati ditikam sekumpulan lelaki


GOMBAK 23 Dis. - Seorang mekanik menemui ajal selepas ditikam bertubi-tubi sekumpulan lelaki dipercayai akibat berlaku salah faham di hadapan rumah kedai Jalan 43 Selayang Baru awal pagi ini.

Mangsa, R. Kumaran dipercayai ditikam pada rusuk kiri lalu mengenai jantungnya dalam kejadian kira kira pukul 3 pagi.

Dua daripada empat saspek dipercayai menggunakan senjata pisau dan kayu dalam kejadian itu. - UTUSAN.

Sabtu, 22 Disember 2012

SPRM dan polis digesa siasat pendedahan Deepak


SPRM dan polis digesa siasat pendedahan Deepak
PETALING JAYA, 21 Dis — Pendedahan terbaru oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan Rewachand perlu disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), gesa PKR dalam satu sidang media hari ini serta mengecam SPRM yang mempertahankan salah seorang panel mereka dalam sebuah kenyataan semalam.
Menurut ahli parlimen Batu (PKR) Chua Tian Chang, pendedahan terbaru ini serius kerana pendedahan Deepak mengaitkan lima individu yang terlibat dalam penarikan pengakuan sumpah (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

MyWatch dakwa pegawai polis terlibat kongsi gelap, gesa KPN ambil tindakan


KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.
Malah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...