Khamis, 20 Disember 2012

Parang lawan peluru


KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong ketika dua lelaki bertopi mengacukan parang selepas memecah masuk kedai dan meminta saya menyerahkan wang tunai sebelum mereka melarikan diri,” kata pekerja sebuah pusat Internet di Taman Len Seng, di sini, dikenali sebagai Winnie, 20, yang menjadi mangsa samun, kelmarin.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit menceroboh premis itu jam 9.30 malam dan terus membuka mesin wang namun hampa selepas tiada wang di dalamnya. 


“Mereka datang ke arah saya dan cuba mengacukan parang serta meminta menyerahkan wang tunai jika tidak mahu diapa-apakan malah ketika itu terdapat seorang pelanggan bermain komputer. 

“Saya ketakutan menjerit meminta pertolongan sambil menangis dan memberitahu tiada wang menyebabkan mereka panik dan terus melarikan diri,” katanya.




Winnie berkata, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi tembakan di luar premis sebelum memberanikan diri keluar dan terkejut apabila mendapati lelaki menceroboh premisnya mati ditembak polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...