Khamis, 20 Disember 2012

Wanita pengusaha tiga rumah orang tua mati dikelar


PETALING JAYA 17 Dis. - Seorang wanita yang merupakan pengusaha tiga rumah kebajikan orang tua ditemui mati dalam sebuah kereta dengan kesan kelar di lehernya di Desa Mentari, di sini malam tadi.

Mayat S. Suntharambhal, 33, ditemui oleh orang ramai yang melalui lokasi kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam sebelum melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, mangsa dipercayai mati kira-kira dua jam sebelum mayatnya ditemui.

"Ketika ditemui mangsa berada di tempat duduk pemandu dengan pintu di bahagian tersebut terbuka.

"Polis percaya mangsa tidak disamun kerana semua barang kemas miliknya masih ada, bagaimanapun polis tidak menemui telefon bimbit atau sebarang beg milik mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Arjunaidi, siasatan juga mendapati tiada kesan pergelutan di tempat kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...