Jumaat, 11 Mac 2011

Dua saksi kes dadah dikesan

BAGAN SERAI -Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kerian mengesan dua saksi untuk hadir perbicaraan 22 Mac depan di Mahkamah Tinggi Ipoh jam 8 pagi bagi kes di bawah seksyen 39B, Akta Berbahaya 1952. 

Ketuanya, Asisten Superintendan Frediel anak Nyambong berkata, kerjasama dan maklumat orang ramai dialu-alukan bagi mengesan dua saksi penting tersebut bagi meneruskan perbicaraan. 

“Antara saksi yang terlibat ialah K Thamarai (841130-14-6240) berumur 27 tahun dan dipercayai beralamat No.25, Jalan 3/15, Taman Bukit Rawang Jaya, 48000, Rawang, Selangor Darul Ehsan atau alamat pejabat Sciscom (MSC Berhad) Tingkat 25,Menara TA.1.P/S.22-80,Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur. 


“Saksi kedua A Maniyarasu (810812-14-8124) berumur 30 tahun beralamat O.1.Jalan 4/45 Petaling Jaya, Selangor,” katanya. 
Orang ramai mengetahui maklumat di atas hubungi Balai Polis yang berhampiran atau hubungi Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik Daerah Kerian 05 7215222. 


Kerjasama semua orang awam amat diperlukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...