Jumaat, 11 Mac 2011

Sindiket MyKad palsu tumpas

SUNGAI BULOH – Sekumpulan sindiket dipercayai terlibat membantu warga asing mendapatkan kerakyatan di negara ini dikesan buat kali kedua di sini. 

Dalam kejadian petang kelmarin, kumpulan itu dikatakan cuba mengedarkan borang dan MyKad milik warga asing di Kampung Kubu Gajah. 

:Timbalan Pengarah Pilihan raya Selangor, Mariam Abdul Rashid berkata, kegiatan kumpulan berkenaan dikesan memasuki kampung itu kira-kira jam 6 petang. 
Menurutnya, melalui pemantauan dibuat kesemua kereta yang masuk ke kampung itu didapati mempunyai nombor pendaftaran luar. 

“Polis melakukan siasatan berdasarkan laporan diperoleh dan berjaya menahan tiga lelaki warga Kemboja yang telah mendapat status penduduk tetap (PR) di negara ini,” katanya 

Katanya, turut ditemui bersama mereka borang permohonan MyKad, salinan MyKad dan surat pengesahan permohonan yang mempunyai kepala surat Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

“Perkara itu kita telah serahkan kepada polis untuk disiasat dan ini kali kedua kegiatan seperti ini berlaku di sini,” katanya. 

Pada Disember tahun lalu, kegiatan tersebut berjaya ditumpaskan dan seorang warga Indonesia mempunyai status PR turut ditahan. 

“Saya dengan ini mendesak KDN menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat,” katanya 

:Menurutnya, adalah tidak adil kepada warga tempatan jika warga asing boleh mendapatkan MyKad dengan mudah dan hidup mewah di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...