Ahad, 27 Mac 2011

Tiga jenayah catat jumlah tertinggi

KUANTAN - Tiga kes membabitkan kecuaian orang ramai, curi motor dan pecah rumah adalah kes tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, T.Narenasegaran berkata, jum-lah itu meningkat sehingga 6 peratus untuk bulan Januari dan Februari tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Menurutnya, lapan daerah terutama Kuantan mencatatkan peningkatan tertinggi bagi ketiga-tiga kes itu kecuali Cameron Highlands, Bera dan Lipis. 
“Kita menyedari situasi ini dan usaha bersepadu dilakukan dengan gabungan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dilakukan dengan usaha bersepadu selama dua minggu bermula 23 Mac lalu. 

“Selain itu, dengan pengenalan Ops Payung yang menempatkan dua anggota polis di lokasi strategik antara usaha membanteras jenayah di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Polis ke-204 di perkarangan IPK di sini, semalam. 

Menurutnya, orang ramai juga boleh memainkan peranan dengan memberikan kerjasama menerusi penyaluran maklumat selain peka dengan aktiviti dan perbuatan mencurigakan di kawasan masing-masing. 

Beliau juga memberitahu persekitaran selamat di negeri ini boleh membantu usaha kerajaan menarik kehadiran pelabur ke Pahang kerana rasa terjamin. 

Sementara itu, Narenasegaran turut memberitahu, setakat ini terdapat peningkatan penyelesaian kes dalam tempoh sama untuk tahun ini 

"Sebanyak 552 kes be diselesaikan berbanding 434 kes untuk tempoh sama tahun lalu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...