Selasa, 15 Mac 2011

Syarikat anjur skim kutu bakal didenda 100 kali ganda

KUALA LUMPUR 15 Mac – Denda sehingga RM500,000, iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini, menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu apabila pindaan pada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 diluluskan kelak.

Cadangan memperuntukkan kenaikan denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM500,000 itu antara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan menaikkan tempoh pemenjaraan maksimum daripada tiga tahun kepada sepuluh tahun bagi kesalahan sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...