Ahad, 1 Jun 2014

Kes Tembak Ahli Perniagaan: Lelaki Bergelar 'Datuk' Antara Empat Ditahan


KUANTAN, 1 Jun (Bernama) -- Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.

"Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama malam Ahad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...