Sabtu, 6 Oktober 2012

Kecuaian - Ahli perniagaan wanita rugi RM30 ribu

Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang wanita yang ingin bertemu seorang rakan atas urusan perniagaan di depan sebuah sekolah di sini, kerugian RM30,000 selepas wang tunai yang diletak di kerusi penumpang depan keretanya dilarikan seorang peragut bermotosikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintenden Abdul Aziz Ahmad berkata mangsa, 20-an, seorang ahli perniagaan sebelum itu mengeluarkan wang tunai berkenaan di sebuah bank di Jalan Beserah.
"Mangsa kemudian memandu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai dekat sini untuk bertemu rakannya itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketika menunggu rakannya di dalam kereta, mangsa dihampiri seorang suspek yang bertindak memecahkan cermin di bahagian penumpang depan. - BERNAMA

776 rugi RM15 juta ditipu


KUALA LUMPUR - Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lepas hingga sekarang.
Ketua Penolong Pengarah Siasatan I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Lim Char Boo berkata mangsa terdiri dari kalangan yang ingin memulakan perniagaan, peniaga kecil-kecilan serta individu yang mahu mendapat pinjaman wang tunai segera tanpa kerenah birokrasi bank.

Perangi rasuah kekal - Najib


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan usaha memerangi gejala rasuah dalam negara terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Perdana Menteri berkata, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah termasuk aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menggambarkan keseriusan gejala tersebut pada pandangan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa pembabitan dan kerjasama menyeluruh kerana pada akhirnya langkah diambil itu perlu menjadi etika sebenar dan tanggungjawab masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...