Sabtu, 3 November 2012

Dua konstabel maut motosikal rempuh treler

Gambar hiasan

IPOH: Dua konstabel yang bertugas di Balai Polis Simpang Pulai di sini maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori kontena di Jalan Pengkalan-Simpang Pulai, 7.30 malam tadi. 

Mohd Zaihasrul Reza Mohd Zaini meniggal dunia di tempat kejadian manakala rakan setugasnya, Mohd Nor Adrizan Mat Desa meninggal dunia di hospital. 

Kedua-dua mereka berusia 22 tahun dan masih bujang. 

Pembantu rumah Aznil Nawawi disyaki larikan barang kemas



KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi.

Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. - Bernama

Polis umum rombakan


KUALA LUMPUR: Seramai 17 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran dan kenaikan pangkat sempena penstrukturan semula pasukan itu berkuat kuasa semalam.

Mengetuai senarai kenaikan pangkat dan pertukaran itu, Ketua Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob yang dinaik pangkat dengan memangku pangkat komisioner (CP).


Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, dalam kenyataan media berkata, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Datuk Rusli Ahmad dilantik membantu Ayub sebagai timbalannya dengan memangku pangkat deputi komisioner (DCP).



Pemilik lesen motosikal besar wajib ronda


KEPALA BATAS: Semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang yang memiliki lesen motosikal berkuasa tinggi diwajibkan membuat rondaan dua kali seminggu di kawasan kerap berlaku jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata kesemua mereka memperoleh lesen itu daripada kursus asas menunggang motosikal berat yang dijalankan. "Setiap kursus mengambil masa kira-kira sebulan.

Kita mahu setiap pegawai dan anggota yang mengikuti kursus itu turut menjalankan rondaan di kawasan kerap berlaku jenayah supaya memberi manfaat kepada orang ramai. "Selain itu, rondaan dengan menggunakan motosikal besar itu juga saya percaya mampu mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah jalanan di negeri ini," katanya.

Manfaat program KBT polis turun ke masjid

Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Program polis turun ke masjid merupakan program susulan Kepolisan Berprofil Tinggi (KBT), di mana salah satu program yang telah dikenal pasti pucuk pimpinan polis untuk merapatkan lagi anggota polis dengan ahli kariah sesebuah masjid setempat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, program 1Masjid 1Anggota Polis ini telah mula dilaksanakan di seluruh negara tahun lepas.

KETIADAAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI ???

Anggota penguat kuasa JAIS merampas kain rentang sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad dalam serbuan di Rawang, Selangor malam tadi.

Cubaan hidupkan Al-Arqam

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...