Sabtu, 19 Mac 2011

Kelewatan Penyelesaian Kes Tidak Boleh Dibiarkan, Kata Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa badan kehakiman tidak akan bertolak ansur dengan ketidakcekapan dalam pentadbiran keadilan dan kelewatan penyelesaian kes-kes mahkamah.

Itulah respons beliau terhadap kritikan dan dakwaan kononnya langkah badan kehakiman dalam menyegerakan penyelesaian kes-kes telah meminggirkan kesaksamaan dan keadilan.

"Dalam tempoh kira-kira dua tahun lepas, dalam memperkenalkan langkah untuk menyelesaikan kes-kes tertangguh yang banyak di mahkamah-mahkamah Malaysia, dan sehingga ke hari ini, saya telah dihujani dengan aduan bahawa penyelesaian kes dengan segera adalah sama seperti menguburkan keadilan," katanya.

Adenovirus: Seorang Lagi Pelatih Inspektor Dimasukkan Ke ICU HKL

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Seorang lagi pelatih Inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan 'Adenovirus'.

Pelatih itu dimasukkan ke ICU kira-kira 8.30 pagi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih Konstabel lelaki dan dua pelatih Inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga pada Jumaat.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih Inspektor lelaki, 11 pelatih Inspektor wanita dan empat pelatih Konstabel lelaki, manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.

Untuk maklumat lanjut, anggota keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas PULAPOL.

-- BERNAMA

Anak Exco didakwa miliki dadah

MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah
di Mahkamah Majistret Kangar semalam.



KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.

Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Dua remaja mangsa rogol

KUANTAN – Seorang remaja cuba mencederakan diri dengan mengelar pergelangannya menggunakan kaca kerana kecewa akibat diperkosa bergilir-gilir tiga rakan lelaki yang dikenali. 

Remaja yang tidak bersekolah itu dikatakan pulang ke rumah selepas kejadian ngeri itu tetapi bertindak mencederakan diri selepas tersedar dari tidur. 

Tindakan remaja itu disedari bapa saudaranya yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, kelmarin. 

Simpanan dalam bank lesap

DESA MURNI - Seorang ibu dan anak lelakinya mengalami kerugian kira-kira 6,101.41 apabila duit simpanan mereka di dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu. 

Mangsa, Natrah Aziz, 43, berkata, pada 6 Mac lalu dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di salah sebuah institusi bank di bandar Temerloh dan melihat baki masih ada sebanyak RM1,451.41 dan selepas itu dia tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran. 

Menurutnya, sehinggalah pada 14 Mac lalu dia mahu mengeluarkan wang simpanannya itu dan terkejut melihat baki di dalam akaun hanya tinggal sebanyak RM150.00. 

Pelakon parah dibelasah

PETALING JAYA – Seorang pelakon yang baru meningkat naik menjadi mangsa keadaan apabila dia dibelasah gara-hara dituduh melanggar sebuah kereta lain dalam kawasan perumahannya. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa didatangi tiga lelaki yang tidak dikenalinya menuduhnya melanggar kereta milik seorang daripada suspek yang diletakkan di hadapan rumah. 

Mangsa, Mustam Mustapa, 29, berkata, ketika kejadian dia baru pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isterinya. 

“Kereta terbabit berhenti di hadapan rumah dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 20 tahun datang mengertak dan menyuruh saya mengaku bahawa saya yang melanggar kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya. 

Polis rampas dadah, tahan dua suspek

SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin seberat 222.2 gram serta kanabis seberat 20.4 gram dianggar bernilai RM8,000, dalam Ops Tapis yang dilancarkan di daerah Jempol, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan V.R. Ravi Chandran berkata, kedua-dua penganggur berumur 23 dan 37 tahun yang ditahan pada kira-kira pukul 11 malam itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam kes berasingan beliau berkata, seorang pengawal keselamatan di Apartment Seri Jasmin, Mantin dekat sini menjumpai 15 bungkusan mampat ganja yang dibalut dengan plastik dan kertas putih, dalam sebuah beg bernilai RM27,000 yang ditemui di sebuah unit apartment kosong di kawasan itu pada kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...