GEORGE TOWN: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi
mengenal pasti sama ada mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni
yang ditemui dalam tali air di tebing sungai Jalan Kampung Permatang, Sungai
Bakap semalam mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala di Bukit
Mertajam pada Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh esok.