Selasa, 17 Jun 2014

Penyeludupan rokok di Kelantan meningkat 45.5 peratus


KOTA BHARU - Kes penyeludupan rokok di Kelantan meningkat 45.5 peratus kepada 112 kes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 77 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Datuk Azis Yacob berkata, hasil cukai ke atas rokok seludup tersebut dianggarkan sebanyak RM1.72 juta.
Jabatan Kastam memerlukan kerjasama semua pihak untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok haram di negeri ini, katanya pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Bersama Mencegah Penyeludupan Rokok Zon Timur di sini, hari ini.
Azis berkata, sejak Januari hingga Mei lepas, pihaknya juga berjaya mematahkan 345 kes penyeludupan pelbagai barangan termasuk rokok, bahan api, minyak masak dan tepung gandum.
"Secara keseluruhan lebih RM1 juta nilai rampasan yang dibuat terhadap kes tersebut yang melibatkan cukai sebanyak RM2.185 juta,” katanya. - Bernama

PGA Rampas 5,800 Liter Diesel Diseleweng


Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Sarawak berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan diesel apabila merampas sejumlah 5,800 liter diesel dalam satu serbuan di sebuah stor kosong di Kawasan Perindustrian Ringan F-Park, Jalan Batu Kitang di sini semalam.  

Timbalan Komander PGA Bridged Sarawak, Asisten Komisioner Zahari Ahmad berkata, operasi pukul 9 pagi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama dua bulan.  

Menurutnya, serbuan berkenaan berjaya merampas 5,800 liter diesel, 46 buah tong besar, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, tiga batang hos dan sebuah mesin pam yang keseluruhannya bernilai RM104,500.

Dibunuh kerana giliran memasak


Shah Alam: Seorang pekerja pencuci warga Pakistan mati dipercayai dibunuh rakan serumahnya di tingkat 8 bangunan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di sini, petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Uzair, 25, disyaki dibunuh rakan serumahnya berusia 24 tahun berikutan perselisihan faham mengenai giliran memasak di kediaman mereka. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat dari majikan mangsa dan rakannya itu yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tingkat lapan bangunan IPTS berkenaan, kira-kira 4 petang .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...