Rabu, 4 Mac 2015

Pengawal keselamatan maut ditetak

Gambar hiasan

BANTING: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan berumur 50 tahun mati ditetak oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di Teluk Panglima Garang, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi pengawal keselamatan mengalami kecederaan parah di tangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, berkata ketika kejadian, mangsa yang mati itu berada di dalam pondok pengawal, sebelum secara tiba-tiba diserang oleh kesemua suspek.

Polis kenal pasti suspek kes tembak


TANAH MERAH - Polis mengedarkan gambar empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes melepaskan tembakan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Alor Bemban, Bukit Kechik dekat sini, 25 Februari lalu.

Suspek pertama ialah seorang lelaki Melayu berusia 40an dikenali dengan nama Lan Pok Wa dan disyaki bertanggungjawab melepaskan tembakan dalam kejadian tersebut.

Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohd Fadzir Manap berkata, individu kedua dicari ialah Mohd Razi Bahar Din atau Roji Barat, 44, yang beralamat di Tanah Putih Bstu, dekat Kuantan, Pahang.

Ejen Wanita IS Antara Tiga Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan dua lelaki termasuk pegawai kerajaan berusia 39 tahun ditahan kerana didakwa ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Suspek berusia antara 22 tahun dan 29 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur antara 28 Februari dan 2 Mac yang dilakukan Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

TAHNIAH SPRM : PENGADAI MARUAH PDRM PERLU DISINGKIRKAN


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan 10 lagi pegawai polis bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Mereka berumur antara 25 hingga 58 tahun. Dengan tangkapan terbaru itu, jumlah mereka yang ditahan menerusi Ops Licin 2 adalah seramai 25 orang.

Menurut kenyataan SPRM, tujuh daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.
"Mereka yang ditahan antara 11.30 pagi dan 2 petang tadi terdiri daripada enam anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing berpangkat konstabel, Sarjan dan Sarjan Mejar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...