Sabtu, 12 Mac 2011

25 lelaki ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 25 lelaki ditahan sejak kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan berdarah hingga menyebabkan seorang terbunuh dan dua lagi koma dalam kejadian di sebuah kafe siber di Taman Melati, Wangsa Maju, di sini.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata penahanan mereka adalah bagi merakam keterangan berhubung lima lelaki bersenjata parang, besi dan rantai dipercayai terbabit menyerang kafe siber itu, awal pagi kelmarin.


“Semua mereka ditahan adalah rakan mangsa. Mereka ini pernah terbabit pergaduhan dengan kumpulan lima lelaki itu.

2 pengedar dadah sasar remaja dicekup

KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.

Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.

“Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan dua peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi heroin dan syabu.

Drebar teksi ditahan miliki ganja

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi berusia 38 tahun ditahan kerana memiliki ganja seberat dua kilogram dianggarkan bernilai RM4,000 di rumahnya di Taman Bukit Angkasa, di sini, awal bulan lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek disyaki menjadi orang tengah bagi menghantar bekalan dadah kepada pelanggan tertentu di sekitar Kerinchi dan Pantai Dalam. 

Katanya, polis turut menemui ganja seberat satu kilogram yang disimpan dalam kereta Proton Wira miliknya dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah kecil-kecilan.

Diberi pangkat Sarjan jika ada diploma - KPN

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

"Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minimum untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

"Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

"Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. - Bernama

Tingkat kadar penyelesaian

BERA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya meningkatkan kadar penyelesaian kes sebanyak 66 peratus menerusi konsep 4P iaitu pelindungan (protective), pelaksanaan dan berorientasikan hasil (performance and outcome oriented), proaktif (proactive) dan berorientasikan masyarakat (people oriented) yang dilancarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada September tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, PDRM akan terus berkhidmat untuk memastikan perkhidmatan terbaik dalam menentukan kesejahteraan rakyat dan negara. 

Rompakan bersenjata

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang melakukan rompak berkumpulan bersenjatakan sepucuk pistol terhadap sepasang suami isteri dua bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam. 

Mohd Zamani Berahim, 34 dituduh bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas merompak Onn Azli Puade dan Sarah Iskandar Zulkarnain semasa di rumah mereka di Lorong Pok The Soh, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 31 Januari lalu. 

DAP bawa isu saman ekor ke mahkamah

MANJUNG – DAP Perak akan membawa isu saman ekor ke mahkamah jika gagal diselesaikan selepas tempoh lanjut berakhir semalam. 

Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau menjuruskan perkara itu kepada kesilapan saman ekor ke atas beberapa individu yang tidak pernah melakukan kesalahan sepertimana notis tawaran kompaun saman ekor.

Menurutnya, perkara itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang mengatakan seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah. 

PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK

KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

RM16.66 juta saman dikutip di Selangor dalam tempoh 10 hari

SHAH ALAM: Sejumlah RM16.66 juta berjaya dikutip daripada pesalah trafik di Selangor dalam tempoh 10 hari lanjutan bayaran diskaun 50 peratus dengan kutipan tertinggi dicatatkan pada hari terakhirnya, semalam berjumlah RM4.1.

Kaunter bayaran saman di beberapa ibu pejabat polis daerah juga dibuka hingga tengah malam bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman mereka. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Selangor, Deputi Superitendan Ismail Ibrahim, berkata pihaknya terpaksa melanjutkan masa tamat operasi jam 10 malam ke jam 12 tengah malam berikutan sambutan menggalakkan di tujuh daerah di negeri ini.

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai


KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.

Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.

Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.

"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...