Khamis, 24 Julai 2014

DIKEHENDAKKI DITANGKAP KES ROGOL BERAMAI-RAMAI


KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

MERCUN 'PELURU BERPANDU' DIRAMPAS DI LEDANG, JOHOR


Ledang, 23 Julai - Mercun seakan periuk api dan roket peluru berpandu adalah antara pelbagai jenis bahan itu yang dirampas dan dianggar bernilai RM30,000 dalam empat serbuan berasingan oleh polis daerah ini sepanjang Ramadan.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohamed Salleh Abd. Razak berkata kedua-dua jenis mercun yang diimport dari negeri China itu adalah antara 10 jenis yang dilarang dan didapati dijual dengan harga antara RM10 hingga RM200 seunit dalam pasaran tempatan.

POLIS MARIN TUMPASKAN KEGIATAN PENYELUDUPAN PASIR


Kuala Langat, 23 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang berjaya menumpaskan satu aktiviti penyeludupan pasir secara haram dalam satu operasi di kawasan Jeti Jalan Segenting, Telok Panglima Garang dekat sini dua hari lepas.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Mohd Yusuf Abdullah berkata, semasa menjalankan operasi pasukannya telah menahan sebuah kapal pengangkut bernombor pengenalan GM3 yang mencurigakan di Sungai Langat.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati kapal tersebut membawa muatan pasir laut seberat 860 tan yang dipercayai hendak dipunggah keluar melalui jeti tersebut dan juragan kapal yang merupakan warga China gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berkaitan aktiviti menyedut dan memunggah pasir laut di perairan Negeri Selangor’, jelas beliau lagi.


Juragan bersama kapal serta muatannya telah ditahan dan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...