Isnin, 29 Februari 2016

Hukuman gantung pembunuh pegawai AmBank kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan hukuman gantung terhadap bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 39, kerana membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, tiga tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan La Ode selepas berpuas hati bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

Wanita mati ditumbuk suami

IPOH – Seorang isteri muda maut dipercayai dibelasah suaminya selepas pasangan tersebut bergaduh mengenai masalah rumah tangga mereka di Ladang Sengat, Simpang Pulai di sini semalam.
Mangsa, S. Durga Devi, 17, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di muka di ruang tamu rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pemeriksaan awal pada mayat suri rumah itu mendapati kecederaan dialami mangsa dipercayai akibat ditumbuk.

Mayat guru dibuang di Sungai Golok

RANTAU PANJANG – Seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan kesan kecederaan pada muka dan kepala di Sungai Golok berdekatan Pengkalan Jambu, Narathiwat, Thailand semalam.
Mayat Azami Mohamed, 38, yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Mengkebang, Kuala Krai ditemui terapung dan berpakaian lengkap oleh pihak berkuasa negara itu pada pukul 9 pagi.
Difahamkan, sebelum ditemui mati, Azami yang merupakan guru pendidikan khas itu sudah beberapa hari tidak hadir bertugas kerana didakwa mempunyai masalah peribadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...