LUKUT – Niat jahat dua lelaki yang dipercayai ingin memecah masuk sebuah rumah di Taman Negeri, di sini terbantut apabila mereka tersilap rumah selepas kediaman yang menjadi sasaran sebenarnya berpenghuni.
Penghuni rumah berkenaan, P Kanamah, 47, berkata, dia menyedari pintu hadapan rumahnya sedang cuba diumpil dari luar menggunakan parang oleh seorang lelaki yang lengkap memakai penutup muka.
Menurutnya, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 10.45 pagi itu, dia berada di dalam bilik untuk mengambil tuala kerana mahu ke bilik air.
“Saya terdengar bunyi yang mencurigakan dari pintu utama rumah dan saya kemudian menyelak kain langsir tingkap berhampiran dengan pintu sebelum terlihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu geril rumah saya.