SOLEDAR,
UKRAINE 5 Ogos – Salah satu kumpulan pertama Pasukan Petugas MH 17 PDRM terdiri
daripada 14 pegawai dan anggota yang sedang dalam perjalanan ke lokasi nahas,
terkandas akibat keadaan
keselamatan yang tidak mengizinkan ekoran pertempuran di antara tentera Ukraine
dan puak pemisah, hari ini.
Mereka kini berada di satu
kawasan lain berhampiran lokasi nahas dan sedang menunggu arahan selanjutnya.
Situasi serupa juga berlaku
pada kumpulan yang sama semalam ketika mereka cuba memasuki kawasan nahas di
mana perjalanan yang bermula seawal jam 9.30 pagi dari Forward Operating Base
(FOB ) tergendala akibat pertempuran yang berlaku di kawasan berdekatan.