Rabu, 13 Mei 2015

Inspektor Minta Wanita Buat Seks, Wang


SEREMBAN: Seorang Inspektor polis ditangkap selepas didakwa meminta melakukan hubungan seks dan rasuah daripada seorang wanita untuk membebaskan tiga rakannya yang ditahan di dalam lokap.

Pegawai tersebut ditahan bersama dua yang lain termasuk seorang pegawai penguatkuasa majlis tempatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Suspek berusia antara 21 dan 31 tahun.

Dicekik mati di Terengganu, dicampak di Cyberjaya

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 9 Mei - Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.

Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.

Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.

Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...