Sabtu, 2 Jun 2018

SPRM TANGKAP 2 PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMPAS HAMPIR RM1 JUTA


BANGI, 17 Ramadan 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap dua pegawai polis berpangkat tinggi berpejabat di Bukit Aman, kelmarin.

Media melaporkan pegawai terbabit, seorang BERPANGKAT ASISTEN KOMISIONER (ACP) DAN ASISTEN SUPERINTENDAN (ASP) adalah dari Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Kedua-duanya ditangkap di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, bersama seorang awam.

Sumber SPRM berkata, pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di bengkel berkenaan.

“Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00,” katanya kepada NSTP.

NSTP memetik sumber sebagai berkata, kedua-dua pegawai polis terbabit kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000. Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI/ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...