KUALA
LUMPUR: Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik China (Polis
China) berjaya menumpaskan sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau
Macau Scam yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi.
Dalam operasi di sekitar ibu negara semalam, polis menahan
27 warga China dan 30 warga Taiwan dalam tiga serbuan berasingan selepas
pemantauan dan risikan sejak seminggu lalu.
Sindiket antarabangsa itu menjadikan Malaysia sebagai
markas operasi bagi menipu rakyat China di negara itu hingga mengakibatkan
kerugian puluhan juta ringgit.
Modus operandi ialah dengan menyamar sebagai wakil bank
dan menghubungi mangsa di China untuk memaklumkan mengenai pembayaran bil kad
kredit atau pinjaman tertunggak yang perlu dijelaskan segera walaupun mangsa
tidak pernah membuat sebarang urusan perbankan seperti yang didakwa.