Sabtu, 4 Ogos 2012

Mayat lelaki ditemui tertiarap dipercayai dibunuh

Mayat lelaki ditemui tertiarap
Polis menjalankan siasatan ke atas mayat mangsa yang ditemui berdekatan kawasan bekas lombong dekat Kampung Telaga Cina. 

KUALA MUDA – Seorang lelaki warga Myammar ditemui mati dalam keadaan tertiarap berdekatan kawasan lombong dekat Kampung Telaga Cina di sini kira-kira jam 3 petang semalam.

Mangsa, Saw Ngein, 39, ditemui dalam kawasan semak kecil dalam lopak air berdekatan bekas lombong lengkap berpakaian ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala.

Mayatnya didapati tertiarap di mana bahagian mukanya tersembam ke permukaan air dengan kesan lumpur kelihatan di seluruh bahagian badan.

Selain itu, tapak kaki mangsa turut kelihatan bewarna kehitam-hitaman seperti terpijak kawasan berminyak.

Rumah dimasuki perompak, Aznil syukur ibu selamat


Aznil Nawawi
KES rumah selebriti dimasuki perompak bagaikan menjadi-jadi kebelakangan ini!

Bulan lalu, pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira kerugian RM1,500 apabila rumahnya di Taman Melawati dimasuki pencuri.

Terbaru, rumah pengacara terkenal, Aznil Nawawi pula menjadi menjadi sasaran perompak, malam Rabu lalu.

Memetik laporan sebuah akhbar, kediaman Aznil di Taman Yarl itu dimasuki perompak kira-kira jam 10 malam.

Ketika kejadian, hanya ibunya serta dua orang pembantu rumah berada di rumah berkenaan.

MENJELANG AIDILFITRI, SAMUN MELIBATKAN WARGA ASING PERLU DIBERI PERHATIAN


Samun ikut jadual ilmu hitam


KAJANG - Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.
Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.
Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.

Ibu bimbang anak diculik untuk dijadikan pelacur

CHEAK HOCK (kiri) bersama Lu Ceng menunjukkan gambar Yvonne di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri, Phua Cheak Hock, 42, dan Tan Lu Ceng dari Wangsa Maju di sini, mengesyaki kehilangan anak perempuannya sejak Rabu lalu adalah akibat menjadi mangsa culik dua individu yang mempergunakan pelajar-pelajar perempuan untuk kegiatan pelacuran.
Menurut ibu malang itu, Lu Ceng, 42, anaknya, Yvonne Phua Sze Kei, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak telah hilang secara tiba-tiba dari sekolah pada 1 Ogos lalu.
"Pada hari kejadian, saya telah menghantar Yvonne ke sekolah pada waktu pagi dan nampak dia terus memasuki kawasan sekolah seperti biasa.

Ketua Polis P.Pinang Gesa Anggota Ubah Cara Kerja


GEORGE TOWN, 3 Ogos (Bernama) -- Ketua Polis Pulau Pinang yang baru, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata beliau mahukan anggota polis berubah dalam menjalankan tugas dengan menjadi orang yang lebih prihatin terhadap kehendak masyarakat.

Beliau berkata, cara bekerja anggota polis perlu berubah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seterusnya memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal menjadi agensi relevan dalam menjaga keharmonian rakyat.

Tukang Jahit Ditembak Dalam Cubaan Merompak

Gambar hiasan

KULIM, 3 Ogos (Bernama) -- Seorang tukang jahit cedera parah ditembak tiga lelaki yang cuba merompak kedainya di Jalan Merdeka di sini tengah hari Jumaat.

Leow Chin Pin, 67, cedera parah di perut dan keadaannya dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata penjenayah dipercayai menggunakan pistol buatan sendiri dan peluru penabur.

"Tukang jahit itu berada di dalam kedai bersama seorang pembantu apabila tiga lelaki masuk untuk memintanya meminda seluar. Sebaik sahaja mangsa menjawab tidak boleh kerana hari ini ialah hari cuti, seorang daripada lelaki itu lalu mengacukan pistol kepadanya yang sedang duduk di atas kerusi dan meminta wang daripadanya.

"Lelaki itu kemudiannya melepaskan satu das tembakan yang mengenai perut Leow apabila dia berkata dia tidak mempunyai wang. Para perompak kemudiannya melarikan diri," kata Ghuzlan kepada Bernama

Kecuaian punca tahanan lari ???

Gambar hiasan

GOMBAK, 3 Ogos (Bernama) -- Seorang tahanan polis yang meloloskan diri dari Kompleks Mahkamah Selayang mati ditembak ketika cuba menyerang seorang anggota polis di loji air Puncak Templer dekat sini Jumaat.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, suspek berumur 26 tahun dipercayai melonggarkan gari di tangannya ketika pergi ke tandas selepas polis berjaya mendapatkan lanjutan tahanan reman ke atasnya selama enam hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek meloloskan diri ketika sedang menaiki lori polis pada pukul 11.30 pagi ketika dia hendak dibawa ke lokap tahanan.

"Suspek telah melarikan diri melalui jalan belakang di kompleks mahkamah dan telah bersembunyi di bangunan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersebelahan kompleks mahkamah serta sempat menukar pakaian lokap kepada pakaian kontraktor Syabas di stor.

"Suspek turut mengambil sebilah parang panjang sebelum melarikan diri ke loji air Puncak Templer," katanya kepada ketika dihubungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...