Rabu, 30 September 2015

Video: Empat Perompak Larikan Barang Kemas


BUTTERWORTH: Empat perompak yang memakai jaket hitam dan menutup muka mereka dengan helmet berjaya melarikan diri bersama beberapa dulang barang kemas dalam insiden rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Medan Kurau 1, Taman Chai Leng di sini.

Difahamkan, perompak tersebut tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa dengan menggunakan dua motosikal.
Tiga daripada suspek meluru masuk ke dalam kedai emas tersebut.
Dua suspek bersenjatakan tukul besi.
Mereka memecah panel kaca untuk mengambil barang kemas tersebut manakala seorang lagi bersenjatakan sepucuk pistol membantu dua suspek itu dari dalam kedai tersebut.
Suspek keempat menunggu di luar kedai emas terbabit dengan dua senjata di tangannya.

ALFATIHAH BUAT POLIS CILIK - FARIS DANISH AKASHA

Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris Danish Akasha Bin Fauzi di atas kehilangan anak tercinta dan semoga sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan mendatang.
Adik Faris, 9 tahun yang menghidap kanser pernah menyuarakan cita-citanya untuk menjadi seorang pegawai polis dan hasratnya telah direalisasikan oleh Ketua Polis Negara dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Program khas yang menjadikan adik Faris sebagai pegawai polis telah diadakan pada 29 Mei 2015.
Adik Faris telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam dan telah dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.
ALFATIHAH, semoga adik Faris tenang di sana dan bersama para syuhada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...