Sabtu, 22 September 2012

Peralatan Logistik Pdrm Untuk PRU13 Lengkap


GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersiap sedia dalam semua bidang termasuk kemudahan logistik bagi menghadapi dan melancarkan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah membuat persiapan logistik dalam pelbagai sudut termasuk barangan keperluan dan kenderaan peronda sejak tahun lepas bagi menghadapi PRU13.

Perompak naik lori


PENAMPANG: Seorang wanita warga emas bukan saja diculik dua lelaki, malah disamun dan dibelasah sebelum ditinggalkan bersendirian di Jalan Bundusan, di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 58 tahun yang menaiki Perodua Myvi dalam perjalanan pulang dari pusat bandar ke rumahnya di Penampang, sebelum keretanya dihalang lori dinaiki dua lelaki, kira-kira jam 2 pagi. 


Sumber berkata, seorang daripada lelaki terbabit turun dari lori lalu mengetuk cermin tingkap dan mengarahkan mangsa membuka pintu kenderaan. 

Menurutnya, mangsa yang ketakutan hanya membuka tingkap sebelum suspek menutup muka mangsa menggunakan sehelai kain dan kemudian membuka pintu kereta.

Rompakan Nekad di kedai Emas


REKOD...polis mengambil keterangan mangsa.
GOMBAK: Dua wanita berdepan saat getir apabila kedai emas mereka disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tukul, kapak dan sepucuk pistol sebelum melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam kejadian di Taman Sri Selayang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, dua wanita berusia 40-an dan 52 tahun terbabit sempat melarikan diri masuk ke bilik di belakang kedai sebaik melihat tiga suspek bersenjata itu.


Polis perlu buka kertas siasatan kenyataan Ngeh


PADANG RENGAS: Polis perlu membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitternya yang mempersoal tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. 

Beliau berkata, tindakan Ngeh itu menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW. 

"Banyak pihak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap polis akan menyiasat perkara itu. 

"Selepas polis membuka kertas siasatan, ia akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Peguam Negara yang akan menentukan perkara itu perlu disiasat menurut seksyen mana," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Kuala Kangsar di sini, hari ini. 

Setakat ini, sebanyak 237 laporan polis dibuat terhadap Ngeh di Perak. 

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...