Memaparkan catatan dengan label Filem Innocence of Muslims. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Innocence of Muslims. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2012

Polis perlu buka kertas siasatan kenyataan Ngeh


PADANG RENGAS: Polis perlu membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitternya yang mempersoal tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. 

Beliau berkata, tindakan Ngeh itu menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW. 

"Banyak pihak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap polis akan menyiasat perkara itu. 

"Selepas polis membuka kertas siasatan, ia akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Peguam Negara yang akan menentukan perkara itu perlu disiasat menurut seksyen mana," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah Kuala Kangsar di sini, hari ini. 

Setakat ini, sebanyak 237 laporan polis dibuat terhadap Ngeh di Perak. 

Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu. 

Rabu, 19 September 2012

Google tidak sekat sepenuhnya


KUALA LUMPUR - Enjin carian internet Google telah menyekat akses klip video filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam daripada ditonton oleh para pelayar laman YouTube di Malaysia sejak semalam.
Bagaimanapun, sekatan itu tidak menyeluruh kerana sehingga lewat pagi ini, pengguna pakej jalur lebar Maxis dan Celcom masih boleh mengakses klip video tersebut melalui telefon bimbit, termasuk di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...