Gambar hiasan |
ALOR SETAR: Sebuah mesin teller automatik (ATM) Maybank di Jalan Kota di sini dipecah dan dirompak dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata kejadian itu disedari oleh orang awam yang berada di situ pada pukul 8.57 pagi.
"Orang awam tersebut telah memaklumkan kepada anggota kita yang kebetulan sedang membuat rondaan di kawasan itu dan pihak kita terus menghantar pegawai ke tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati seorang pekerja bank tersebut telah datang ke pejabat pada pukul 7.50 pagi dan dia ternampak mesin ATM itu telah diceroboh dan dipecah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Isnin.