Selasa, 24 Jun 2014

LELAKI DITEMBAK DIBAHAGIAN PERUT


IPOH – Seorang lelaki cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian perut sehingga terkeluar usus ketika sedang berjalan kaki sendirian di Khantan, Chemor di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke kedai serbaneka berhampiran rumah sewanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berasal dari Chemor dihalang secara tiba-tiba oleh sebuah kereta jenis Proton Satria.

“Seorang lelaki yang keluar dari kenderaan itu bertindak mengacu sesuatu kepada mangsa. Mangsa yang ketakutan, lari menyelamatkan diri sehinggalah terdengar bunyi letupan.

Kampung tidak aman angkara penagih dadah

Gambar hiasan
TEMERLOH - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sanggang terpaksa menanggung kerugian apabila balai raya mereka dicerobohi dipercayai akibat perbuatan penagih dadah.

Pengerusinya, Maazi Rahmat Maharam Abdullah berkata, penagih menceroboh balai raya dan melarikan kabel elektrik mengakibatkan kerugian susulan JKKK terpaksa memasang semula kabel baru.

Menurutnya, kawasan kampung ini semakin tidak selamat apabila penagih dadah mula berani masuk ke dalam bangunan milik persendirian dan milik awam.

“Sebelum ini, kumpulan penagih terbabit melarikan kabel elektrik dari rumah penduduk kampung yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni.

Individu yang menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan Islam melalui laman sosial akan diambil tindakan


PASIR PUTEH - Kementerian Komunikasi dan Multi Media tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan Islam melalui laman sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, anggapan sesetengah pihak yang mendakwa kementerian takut untuk bertindak adalah tidak benar.

“Kita sudah ambil tindakan sewajarnya mengikut akta-akta yang ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (1998).

“Agensi lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengambil tindakan terhadap individu yang menyebar fitnah ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti 1Malaysia dan Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh di sini, kelmarin.

KPN Bidas Media Asing Ganggu Siasatan MH370


SHAH ALAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin membidas tindakan media asing yang membuat laporan mengelirukan mengenai penerbangan MH370 sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, sekali gus mengganggu siasatan polis.

Beliau berkata kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu masih dalam siasatan dan hanya polis mempunyai maklumat sahih untuk dimaklumkan kepada umum.

"Jangan dengar media asing, kami penyiasat utama kes ini dan hanya kami yang boleh beritahu perkembangan terkini, jadi dapatkan maklumat daripada kami.

"Terlalu banyak cerita dan spekulasi, jangan dengar satu berita yang dihasilkan oleh media asing kerana ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya kepada pemberita, di sini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...