MARANG - Penglibatan kes
salah laku dalam
kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih terkawal dan usaha
membanterasnya giat dilaksanakan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit
Aman Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata daripada 125,000 orang termasuk
pegawai dan anggota, 187 orang sahaja disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), tahun ini.
Katanya dalam tempoh empat tahun sejak 2013, hanya satu peratus
daripada lebih 100,000 orang terbabit melakukan kesalahan kecil termasuk mengingkari perintah dan melanggar peraturan ditetapkan jabatan.