Kulasegaran (tiga, kanan) bersama pelabur sebuah syarikat jualan langsung produk kesihatan berasaskan air laut dalam di perkarangan IPD Ipoh, semalam |
IPOH - Sekumpulan 10 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung di sini, apabila pelaburan yang dibuat tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.
Difahamkan, ratusan pelabur sudah melaburkan wang membabitkan kerugian hampir mencecah RM2 juta kepada syarikat yang didakwa menjalankan penjualan produk kesihatan berasaskan air laut dalam (deep sea water).
Mangsa, S Kesavan, 23, berkata, dia terpengaruh dengan ejen syarikat tersebut yang menjanjikan pulangan mewah jika membuat pelaburan ke atas produk kesihatan tersebut.