Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota
pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota
baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.
Dalam
kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan
dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan
tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.
Menurut
sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti
kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota
baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar
elemen keganasan.