Rabu, 27 Ogos 2014

ATM tetap mempertahankan institusi Diraja

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempertikai dan memperlekeh institusi Diraja di negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan institusi Diraja yang sering kali dicabar oleh pihak tertentu.
"Pendirian kementerian saya dan Angkatan Tentera jelas, kita tidak kompromi malah dituntut untuk mempertahankan institusi Diraja.
"Institusi Diraja seperti agama dan apa sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara merupakan tiang seri ’pillar of nation building’ (tonggak pembinaan negara),” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kementerian itu dan ATM tidak memikul tanggungjawab ini dengan serius, akan ada pihak tertentu memperlekehnya dari segi agama, kaum dan Raja-Raja Melayu.
Hishammuddin berkata, demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak yang memperlekeh institusi Diraja di negara ini. - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...