Isnin, 23 Jun 2014

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK


Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Suami Isteri Ditahan Bersama 80 Botol Heroin


DUNGUN: Sepasang suami isteri diberkas bersama 80 botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM36,000 dalam serbuan jam 9 malam di rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata suami berkenaan berusia 21 tahun sementara isterinya berusia 17 tahun.

"Hasil pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10 botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis ke belakang rumahnya.

"Siasatan lanjut kami berjaya menemui 70 botol lagi berisi serbuk yang sama yang dibungkus di dalam kertas surat khabar dan diletakkan di dalam sebuah tin biskut," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...