Jumaat, 9 Disember 2016

Tiga Suspek Culik Ditembak Mati Di Perairan Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan dipercayai menembak mati tiga lelaki bersenjata dalam pertempuran semasa cubaan penculikan di Merabung di Darvel Bay di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlakunya insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata dalam kejadian pukul 9.30 malam Khamis.
"Saya akan beri butiran lengkap kemudian, kita masih mendapatkan maklum balas penuh,'' katanya.
Satu sumber berkata, seorang anggota keselamatan turut cedera semasa cubaan penculikan oleh kumpulan yang menculik nelayan bagi mendapatkan wang tebusan.

Menurut sumber lagi, tiga penceroboh lain ditahan dalam kejadian itu.



Khamis, 8 Disember 2016

BORANG BALIK KAMPUNG

Salam sahabat semua. Sila rancang percutian anda. Sahabat - sahabat yang bercadang bercuti sempena musim cuti sekolah dan musim perayaan tidak lama lagi. Masing - masing akan membawa keluarga pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman sempena cuti. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua sahabat - sahabat, yang penting sekali adalah keselamatan harta benda.

Sila dapatkan borang balik kampung di Balai Polis berhampiran anda seperti yang tertera di bawah. Boleh juga muat turun terus dari FB Polis Selangor, isi dan hantar ke Balai Polis berhampiran.

Jangan tunggu saat akhir supaya Polis dapat membuat pemantauan dan rondaan ke atas rumah anda bagi mencegah jenayah pecah rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...