ALOR SETAR: Suri rumah berusia 27 tahun
cedera parah akibat dikelar suaminya yang mengamuk, dipercayai kerana mengambil
dadah berlebihan.
Syafinar
Gozali kini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini selepas
mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.
Difahamkan,
insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang, Selasa di Kampung Kubang Pisang,
Kubur Panjang di Pendang dekat sini.