ALOR SETAR: Suri rumah berusia 27 tahun
cedera parah akibat dikelar suaminya yang mengamuk, dipercayai kerana mengambil
dadah berlebihan.
Syafinar
Gozali kini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini selepas
mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.
Difahamkan,
insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang, Selasa di Kampung Kubang Pisang,
Kubur Panjang di Pendang dekat sini.
Dalam
keadaan mabuk, lelaki berusia 30an itu dipercayai mengurung isterinya dalam
bilik di rumah mereka sambil memegang parang.
Wanita
berkenaan bagaimanapun dikelar ketika cuba melarikan diri.
Lelaki itu
kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: KLIK DISINI