Polis tidak sertai sambutan merdeka di
Pulau Pinang. Tahniah dan syabas KPN.
KUALA LUMPUR
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang
aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat berikutan
tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan
Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.
"Selagi
Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam
sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini, hari ini.
Bagaimanapun,
Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya
kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati
Sejiwa'.
Semalam,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang
aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.
Susulan
itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di
negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari
Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya
daripada Kementerian Pendidikan. - Bernama