Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan telah menahan
empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan pengganas IS.
Katanya, empat lelaki
berkenaan - tiga warganegara Indonesia dan
seorang rakyat tempatan itu ditahan semalam di Sandakan, Sabah dan Isnin
lalu di Slim River, Perak.
"Pada 12 hari bulan,
kita telah tangkap seorang ahli IS warga Indonesia di Slim River.
"Semalam pula kita
tangkap tiga lagi orang di Sandakan, dua Indonesia dan seorang rakyat tempatan
dari Sabah yang sedang merancang untuk ke Marawi.
"Kita telah mengesan
mereka serta niat mereka dan kita tangkap sebelum mereka terlepas ke
Marawi," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.