Sabtu, 18 April 2015

Sindiket ‘Macau Scam’ tumpas


KUALA LUMPUR 17 April - Polis berjaya menumpaskan kegiatan sindiket ‘Macau Scam’ yang dipercayai telah melakukan penipuan melibatkan kerugian lebih RM20 juta dengan tertangkapnya 52 orang termasuk 26 wanita warga China dalam serbuan di enam kondominium mewah di ibu negara bermula semalam hingga awal pagi ini.

Dipercayai kondominium yang diserbu terletak di lokasi berhampiran KLCC, Pavilion, Jalan Kia Peng dan Bukit Damansara serta disewa dengan kadar mencecah RM30,000 sebulan.

Pengawal keselamatan mengamuk


JOHOR BAHRU, 17 April: Seorang pengawal keselamatan sebuah bank mengamuk mengakibatkan seorang pegawai bank terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Pegawai bank terbabit yang berusia 33 tahun maut, selepas ditikam pengawal keselamatan yang bertugas di bank berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Taman Molek, di sini, hari ini.

Manakala seorang lagi kakitangan wanita bank berkenaan cedera parah selepas dilibas menggunakan senjata tajam oleh pengawal keselamatan terbabit, lapor portal New Straits Times (NST) Online.

‘Datuk’ KDN palsu ditahan miliki tiga pistol haram


KUALA LUMPUR, 17 April: Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 49 dan 24 tahun yang dipercayai pasangan kekasih, ditahan kerana memiliki tiga pucuk pistol secara haram, dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang, semalam.

Selain pistol, polis turut menemui cop pengesahan menggunakan nama ‘Datuk Azharudin Ahmad’, kononnya pegawai tugas khas kepada Menteri Dalam Negeri yang sebenarnya tidak wujud, serta kad nama ‘Datuk Azharudin Ahmad’ yang beralamat di Unit Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...