Ahad, 3 Februari 2013

Akibat percaya e-mel cabutan bertuah, guru tadika rugi RM17,100


Akibat percaya e-mel menawarkan hadiah cabutan bertuah, guru tadika ini rugi RM17,100.
JOHOR BAHARU, 2 Feb (Bernama) -- Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Dis tahun lepas.

Ketua Polis daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan hari ini berkata e-mel berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.

2 Tahanan Lolos Dapat Bantuan Untuk Sembunyi - Polis

Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Polis tidak menolak kemungkinan dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth bulan lepas, mendapat bantuan pihak lain untuk bersembunyi.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar meminta orang ramai terutama keluarga dan kenalan terdekat dua lelaki yang diburu itu supaya tidak menghulurkan bantuan kepada mereka.
"Sebelum ini tahanan lain turut dibantu rakan mereka sebelum berjaya ditahan polis," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat II sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2013, di Tol Juru, di sini, Sabtu.

Buruh Mati Ditetak Sekumpulan Lelaki


ALOR SETAR: Seorang buruh maut akibat ditetak dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki berdekatan tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar di sini pada Jumaat.
Mohd Najib Bakar, 37, mengalami cedera parah di kepala dan leher serta kedua belah kaki disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian berlaku pukul 7.30 malam.
Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mangsa berlumuran darah, katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Menurutnya, polis kini memburu kumpulan lelaki terbabit dan motif kejadian sedang disiasat. - BERNAMA

JPJ tak mahu berkompromi - Pasang Siren berserta lampu mata arah atau beacon light


SEREMBAN –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang berdegil memasang siren berserta lampu mata arah atau beacon light pada kenderaan mereka.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkenaan kenderaan persendirian yang menggunakan alatan tersebut.

“Jadi saya arahkan kepada semua pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan alatan itu agar menanggalkannya segera sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Perbuatan tersebut ternyata menyalahi peraturan jalan raya dan siren dan lampu mata arah ini hendaklah ditanggalkan sebelum membenarkan kenderaan tersebut bergerak di jalan raya,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...