Gambar hiasan |
LANGKAWI: Polis Kedah merampas
16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah bersama lebih 1,000 butir
peluru yang melanggar syarat lesen interim dan dipercayai sudah tamat tempoh.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara United Kingdom, berumur 40-an, yang menanam senjata api itu di sebuah rumah di Kampung Belanga Pecah di sini, 9 malam Rabu lepas.