Jumaat, 15 Mac 2013

PENJAWAT AWAM HINA PASUKAN KESELAMATAN DIAMBIL TINDAKAN SERTA-MERTA


Lahad Datu, 15 Mac - Tindakan tatatertib akan diambil serta-merta terhadap penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan terlibat dalam Operasi Daulat membanteras penceroboh militan dari selatan Filipina.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang menghina pasukan keselamatan kerana kejadian pencerobohan itu benar dan ada anggota pasukan keselamatan yang terkorban mempertahankan negara.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam memberikan komen yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya segelintir yang membuat komen negatif terhadap insiden pencerobohan militan itu.

POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN


Semporna, 15 Mac - Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

LAPAN RAKYAT ASING MENAIKI BOT LAJU DITAHAN DI SUNGAI BILIS


Lahad Datu, 15 Mac - Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.

"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi.

"Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tembak di stesen minyak

Foto
ANGGOTA Unit Forensik polis memeriksa kereta mangsa.

Kuala Lumpur: “Jangan ambil gambar...nanti semua orang mati,” kata seorang lelaki memarahi petugas media yang merakam gambar seorang ahli perniagaan yang mati ditembak ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Sentul, Sentul, di sini, semalam.
Lelaki terbabit dipercayai anggota keluarga mangsa gagal mengawal emosinya sebelum dia menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat bagi menghalang gambar mayat mangsa dikenali sebagai Sivaraja, 34, dirakam jurugambar.

OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA 14 MAC 2013 JAM 5.00 PM

Sidang Media Ketua Polis Negara (KPN) dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) berhubung perkembangan semasa Op Daulat.

PASUKAN KESELAMATAN TAHAN LELAKI BAWA PEDANG SAMURAI, PARANG DI TANJUNG LABIAN


Lahad Datu, 14 Mac - Seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Tanjung Labian awal hari ini setelah didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lelaki itu yang menunggang motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan, sebelum pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibawa mengandungi senjata berkenaan.

Katanya lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...